Pusat Pemindahan Sementara
17 November 2022 06:54pm
Masa membaca: 4 minit
Seorang mangsa banjir, Samsuri Jonid, 42, membantu ibunya Keminah Wiriyo, 85, yang tidak boleh berdiri kerana mengalami retak tulang pinggul, ketika tinjauan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Masjid Kampung Johan Setia setelah bencana banjir melanda beberapa buah kawasan di Selangor, hari ini.
Beberapa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu mengangkat sumbangan makanan yang diberikan oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Masjid Kampung Johan Setia ketika tinjauan bencana banjir yang melanda beberapa buah kawasan di Selangor, hari ini.
Suasana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Kampung Johan Setia ketika tinjauan bencana banjir yang melanda beberapa buah kawasan di Selangor, hari ini.
Beberapa kawasan di Selangor hari ini sekali lagi dilanda banjir kilat susulan hujan lebat jam sejak 10.30 malam semalam.