PRU15: Pergerakan trafik menuju ke Pantai Timur lancar

Pergerakan trafik lancar selepas Plaza Tol Gombak pada jam 6 petang, Khamis.
Pergerakan trafik lancar selepas Plaza Tol Gombak pada jam 6 petang, Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pergerakan trafik lancar selepas Plaza Tol Gombak pada jam 6 petang, Khamis.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati berlaku sedikit kesesakan pada jam 4 petang berikutan orang ramai mula pulang ke kampung untuk mengundi.

Sementara itu menerusi Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) keadaan trafik agak perlahan di Bukit Tinggi ke Lentang dan selepas Bentong Timur ke Karak jam 5. 30 petang.

Sementara itu, Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad dalam kenyataan pada Khamis, mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk pengguna lebuh raya laluan pantai timur, bagi tempoh 18 dan 20 November, sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Menurut kenyataan itu, terdapat dua pilihan waktu perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari Lembah Klang memasuki Plaza Tol Gombak, esok iaitu pilihan pertama, ke Pahang (dari jam 10 pagi hingga 2 petang), Terengganu dan Kelantan (jam 6 pagi-10 pagi) manakala jam 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi semua destinasi.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan 18 dan 19 November ini sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada PRU15.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!