'Kambing naik bot redah banjir'

Azhar bersama kambing baka Biri-Biri Santa yang dapat diselamatkan ketika banjir di Kampung Cemperai, Dengkil di Sepang, Selangor pada Khamis.
Azhar bersama kambing baka Biri-Biri Santa yang dapat diselamatkan ketika banjir di Kampung Cemperai, Dengkil di Sepang, Selangor pada Khamis.
A
A
A

SEPANG - "Mujur ada bot untuk saya minta bantuan selamatkan kambing, saya tahu ia masih hidup" kata Azhar Abdullah, 50 penduduk Kampung Cemperai, Dengkil di sini.

Pekebun itu berkata, dia bergegas untuk mendapatkan bantuan selepas banjir sudah hampir menenggelamkan kandang kambingnya kira-kira lebih tiga meter selepas hujan lebat sejak malam Rabu.

"Ketika itu kira-kira jam 9.30 pagi Khamis, rumah saya di bahagian depan dan dapur sudah pun ditenggelami air.

"Saya cuba menuju ke kandang yang berada kira-kira 50 meter di belakang rumah, tapi gagal sebab kawasan itu sudah tenggelam banjir.

"Saya kemudian meminta tolong selepas kebetulan dua bot milik penduduk masuk ke kawasan sini. Walaupun kandang telah hampir ditenggelami sepenuhnya, saya yakin kambing masih hidup kerana saya mendengar suaranya mengembek," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Dua ekor kambing milik Azhar yang berjaya diselamatkan selepas banjir melanda Kampung Cemperai, Dengkil di Sepang pada Khamis.
Dua ekor kambing milik Azhar yang berjaya diselamatkan selepas banjir melanda Kampung Cemperai, Dengkil di Sepang pada Khamis.

Kata Azhar, dua ekor kambing jantan baka Biri-Biri Santa dan kampung berjaya diselamatkan namun seekor lagi telah mati akibat lemas.

Ujarnya, bot terbabit berjaya menyusup masuk ke kandang untuk mengangkat kambing yang masih hidup.

"Saya bergegas memanjat ke dalam kandang sebelum mengangkat keluar kambing masuk ke dalam bot dengan bantuan penduduk.

"Apa pun saya bersyukur kerana dua ekor kambing yang dipelihara sejak bulan Jun lalu dapat diselamatkan biar pun seekor telah mati," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!