PRU15: Wetrom enggan digelar 'giant killer'
17 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
PRU15: Wetrom enggan digelar 'giant killer'
BERITA SEMASA 17 NOVEMBER 2022
Calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Wetrom Bahanda, yakin meraih sokongan 70 peratus pada PRU15, Sabtu ini, lapor wartawan Sinar Harian Asyikin Asmin.
Beliau yang enggan mengakui sebagai 'giant killer' atau bakal menumbangkan satu nama besar di Kota Marudu berkata, kemenangan yang akan dikecapinya itu nanti adalah demi masa depan rakyat di Parlimen berkenaan.
Potensi kemenangan itu dilihat dari sokongan penduduk di Mukim Marak Parak, Kota Marudu selama ini dan perkara pertama yang akan dilaksanakan sebaik mendapat mandat daripada rakyat di Parlimen Kota Marudu adalah akan menaik taraf sistem jaringan jalan raya daerah itu.
Pada PRU15 kali ini, Parlimen Kota Marudu menyaksikan enam pertembungan dan Wetrom dilihat memberi saingan sengit kepada penyandang kerusi Parlimen berkenaan daripada GRS iaitu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).
Artikel: https://bit.ly/3tzw95Q
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#beritasemasa #pru15