Malang nasib Gonzalez

Gonzalez mengalami kecederaan ketika menjalani latihan di Doha. Foto Agensi.
Gonzalez mengalami kecederaan ketika menjalani latihan di Doha. Foto Agensi.
A
A
A

MENJELANG sepak mula Piala Dunia di Qatar minggu depan Argentina dirundung malang.

Penyerang sensasi mereka, Nicolas Gonzalez mengalami kecederaan ketika latihan pada Khamis sekali gus terpaksa diketepikan daripada saingan berprestij itu.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bolasepak Argentina (AFA).

Penyerang Fiorentina berusia 24 tahun itu digantikan oleh Angel Correa dari Atletico Madrid.

"Ketika sesi latihan hari ini (Khamis) Nicolas Gonzalez mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan daripada senarai Piala Dunia," ujar AFA dalam satu kenyataan.

Argentina pada Rabu membelasah UAE 5-0 pada aksi pemanas badan terakhir mereka

"Sesetengah pemain tidak 100 peratus cergas. Kami berdepan beberapa masalah kecil," ujar jurulatih Argentina, Lionel Scaloni.

Gonzalez salah seorang pemain yang tidak dapat bermain di Abu Dhabi ketika Argentina melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 36 perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Argentina menentang Arab Saudi Selasa ini pada perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan C, diikuti Mexico dan Poland.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!