Gianni Infantino calon tunggal pemilihan Presiden FIFA 2023
FIFA mengumumkan pada Khamis, Gianni Infantino menjadi calon tunggal untuk pemilihan presiden yang akan diadakan pada 2023, lapor Xinhua.
Tiada pencalonan lain dikemukakan setakat ini, lapor Xinhua.
Menurut badan induk bola sepak antarabangsa itu, pemilihan akan berlangsung di Kongres ke-73 FIFA di Kigali, Rwanda pada 16 Mac 2023.
Infantino, 52, telah dipilih sebagai presiden FIFA di Kongres Luar Biasa FIFA 2016 pada Februari 2016 sekali gus menjadikan beliau presiden kesembilan dalam sejarah pertubuhan itu.
Pada Jun 2019, beliau dipilih sekali lagi untuk penggal empat tahun. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!