England cuba 'nikmati' cuaca panas Doha - Coady

Para pemain England giat menjalani latihan di Stadium Al Wakrah, Doha pada Khamis. Foto AFP
Para pemain England giat menjalani latihan di Stadium Al Wakrah, Doha pada Khamis. Foto AFP
A
A
A

SKUAD England akan cuba membiasakan diri dengan cuaca panas lebih 30 darjah selsius di Doha menjelang sepak mula Piala Dunia di Qatar minggu depan.

Pemain pertahanan England, Conor Coady mengakui cuaca panas menjadi cabaran besar buat skuad bimbingan Gareth Southgate itu, namun mereka akan cuba menikmatinya sebaik mungkin.

“Ia agak sukar pada pagi ini (Khamis). Ia adalah sesi panjang dan sesuatu yang perlu kami biasakan diri, merasai serta memahaminya dan ia memang lasak," katanya.

Suhu di Doha lebih 30 darjah selsius minggu ini, berbanding musim luruh yang dingin di Eropah ketika ini.

“Ini adalah Piala Dunia, tidak kira bila masa ia dianjurkan.

“Di negara kami musim sejuk sekarang, tapi kami berada di sini dengan suhu 30 darjah, tetapi kami mahu menikmatinya semampu yang mungkin.

“Keluar ke sana dan terlalu memikirkan mengenai haba atau cuaca panas tidak akan membawa kami ke mana-mana, jadi kami akan membiasakan diri dengannya,” katanya.

England akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Iran, Isnin ini.

Artikel Berkaitan:

Di sebalik cabaran cuaca, Coady optimis mereka mampu beraksi cemerlang di Qatar, biarpun prestasi agak menurun sejak layak ke final Euro 2020, termasuk tersingkir daripada kumpulan utama Liga Negara-Negara.

“Sebagai satu pasukan, kami tahu bagaimana untuk bermain, bertahan dan mengikut kemahuan. Rekod pertahanan sejak beberapa tahun lalu memang menakjubkan.

“Jadi, kami akan terus mencuba dan perkara paling penting adalah fokus kepada diri sendiri. Kami akan mengharungi kejohanan dengan penuh yakin,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!