Banjir: Satu pusat mengundi di Parlimen Sepang ditukar lokasi
Gambar hiasan.
A
A
A
Berdasarkan salinan surat daripada Pegawai Pengurus Pusat Mengundi Parlimen Sepang, Datuk Abd Hamid Hussain kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor, ia menyatakan pusat mengundi tersebut mengalami banjir dan tenggelam sepenuhnya, semalam.
Susulan itu, Abd Hamid menerusi suratnya bertarikh 17 November telah memohon pihak Pilihan Raya Negeri Selangor menukar pusat mengundi tersebut ke Sekolah Rendah Agama Dengkil.
Pengarah Pilihan Raya Negeri Shafie Taib pula hari ini telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan perkara tersebut untuk tujuan perwartaan semula pusat mengundi berkenaan.
Parlimen Sepang menyaksikan pertembungan lapan penjuru membabitkan calon BN, Anuar Basiran, Perikatan Nasional diwakili Datuk Seri Rina Mohd Harun, Datin Che Asmah Ibrahim (Pejuang), Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu (Pakatan Harapan), Mohd Daud Leong Abdullah mewakili Parti Utama Rakyat (PUR), R. Nageswaran (Parti Rakyat Malaysia), Mohd Syahrul Amri Mat Sari (Bebas) dan M. Muneswaran (Bebas).- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!