Ronaldo impi Portugal dakap Piala Dunia

Ronaldo (dua dari kiri) bersama rakan sepasukan menjalani latihan menjelang sepak mula Piala Dunia di Qatar minggu depan. Foto EPA
Ronaldo (dua dari kiri) bersama rakan sepasukan menjalani latihan menjelang sepak mula Piala Dunia di Qatar minggu depan. Foto EPA
A
A
A

PEMAIN kontroversi, Cristiano Ronaldo memasang impian untuk membawa Portugal memenangi Piala Dunia 2022 menjelang sepak mula kejohanan berprestij itu minggu depan.

Bagaimanapun beliau percaya, kejayaan mampu dicapai kerana Portugal dibarisi pemain yang mantap dan mampu beraksi cemerlang di Qatar.

Bagaimanapun kapten Portugal itu sedar bahawa ia bukan tugas mudah untuk merangkul trofi kerana perlu mengatasi Perancis, Sepanyol, Argentina, Jerman dan Brazil.

“Saya cukup yakin dan menaruh harapan tinggi. Kami memiliki jurulatih yang hebat dan generasi pemain yang bagus.

“Saya tidak sabar mengharungi Piala Dunia yang menakjubkan. Ia akan menjadi kejohanan sukar, memang susah, tetapi segala-galanya berkemungkinan dan sudah tentu, kami akan bersaing,” katanya.

Ronaldo berkata demikian ketika ditemubual Piers Morgan menerusi rancangan di TalkTV.

Bintang berusia 37 tahun itu memberitahu bahawa Qatar 2022 mungkin menjadi pentas penampilan terakhirnya di Piala Dunia memandangkan dia akan bersara pada usia 40 tahun.

“Saya mungkin bermain dua atau maksimum tiga tahun lagi. Saya mahu bersara pada usia 40 tahun, ia masih usia yang baik.

“Tetapi saya tidak pasti. Ada masanya, anda merancang sesuatu dalam hidup dan seperti yang saya katakan, hidup adalah dinamik,” ujar Ronaldo.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!