Pelaburan RM1.68b jana 1,000 peluang kerja

Mohd Rafiq menjawab soalan tambahan ketiga daripada Sulaiman di Seri Negeri, Ayer Keroh.
Mohd Rafiq menjawab soalan tambahan ketiga daripada Sulaiman di Seri Negeri, Ayer Keroh.
A
A
A
MELAKA TENGAH - Melaka bakal mewujudkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan baharu menerusi pelaburan negara luar seperti syarikat Korea Selatan.

Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Bersatu-Paya Rumput) berkata, pelaburan dianggarkan RM1.68 bilion akan membina sebuah kompleks dilengkapi sektor perubatan, perhotelan dan pusat membeli-belah sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Mereka akan datang terus ke Melaka untuk melihat beberapa pilihan tanah yang kita tawarkan dan belum ada keputusan muktamad, bila dah muktamad akan kita maklumkan kepada dewan.

"Kebanyakan usaha kita adalah menambahkan nilai pelaburan sedia ada selain RM1.64 bilion dan akan menandatangani satu lagi MoU (perjanjian) dengan sebuah syarikat India melibatkan pelaburan sektor klinikal," katanya.

Mohd Rafiq menjawab soalan tambahan ketiga Adun Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, semalam.
Artikel Berkaitan:


Jelasnya, beliau akan memastikan sektor pelaburan dari negara India itu tidak memberikan impak negatif kepada rakyat negeri ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!