Isu tanah terbiar luar bandar dalam perhatian KPLB

Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Datuk Seri Mahdzir Khalid.
A
A
A

PENDANG - Isu tanah pertanian terbiar di kawasan komuniti luar bandar antara perkara diberikan perhatian Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KLPB) untuk dibangunkan dengan pelbagai projek pertanian yang mampu membawa keuntungan kepada pemilik tanah.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, antara agensi yang bakal digerakkan bagi mengatasi masalah itu adalah Felcra yang mempunyai kepakaran dalam penyelesaian membangunkan kawasan tanah terbiar.

"Langkah ini membawa kesan yang lebih ekonomik buat rakyat. Kalau pemilik tanah nak bangunkan tanah dimilikinya secara berseorangan, itu mungkin tidak ekonomik kerana saiz tanah dimiliki mereka mungkin kecil.

"Jadi kita gabungkan tanah-tanah di kawasan berhampiran dan bangunkan dengan sistematik secara bersekali. Langkah tersebut mampu memberi kesan lebih produktif kepada penduduk terutamanya di luar bandar," katanya pada sidang akhbar pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas Program Kempen Pembukaan Tanah Terbiar dan Tanam Semula Felcra Berhad di Felcra Perupok, dekat sini.

Menurut Mahdzir, perkara itu juga antara perkara yang akan diberi keutamaan oleh Barisan Nasional (BN) sekiranya diberi mandat untuk terus membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Usaha tersebut turut memerlukan kerjasama dari kerajaan negeri kerana hal tanah ini terletak di bawah bidang kuasa mereka, jadi usaha ini memerlukan kerjasama yang baik antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

"Tak bolehlah kita panda-pandai laksanakan sebab ini melibatkan kerajaan negeri. Kita akan bincang apa syaratnya dengan kerajaan negeri dan adakan kolaborasi dengan mereka," ujar beliau lagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!