Brunei jadikan Stadium KL tuan rumah aksi Piala AFF

Stadium KL - Foto KLFA
Stadium KL - Foto KLFA
A
A
A

BRUNEI Darussalam akan menjadikan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebagai tuan rumah bagi aksi perlawanan Piala AFF hujung tahun ini.

Perkembangan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Media dan Komunikasi Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) sambil memaklumkan venue itu dipilih disebabkan peraturan pihak penganjur, yang mewajibkan semua perlawanan dijalankan di stadium Tier 1.

Katanya, faktor lain yang menyebabkan pemilihan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur adalah selepas pihaknya mengambil kira keadaan Stadium Negara Hassanal Bolkiah yang sedang dalam proses naik taraf dan tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Untuk rekod, skuad Tebuan itu berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan Piala AFF selepas berjaya menewaskan Timor Leste dengan agregat 6-3.

Mereka kemudiannya bakal membuka tirai perlawanan kumpulan A berdepan Thailand pada 20 Disember, diikuti Filipina tiga hari kemudian dan Indonesia pada 26 Disember, sebelum mengakhiri kempen menentang Kemboja pada 29 Disember.

Pasukan kebangsaan seramai 23 orang pemain akan berlepas ke Kuala Lumpur pada 12 Disember dengan diiringi 10 orang pegawai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!