10,000 biji parasetamol percuma buat pengundi

Pemilih yang sudah menunaikan tanggungjawab mengundi boleh mendapatkan paracetamol percuma di Klinik Penawar Ampangan esok.
Pemilih yang sudah menunaikan tanggungjawab mengundi boleh mendapatkan paracetamol percuma di Klinik Penawar Ampangan esok.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Bagi menggalakkan masyarakat menjalankan tanggungjawab mengundi, Klinik Penawar Ampangan di sini menawarkan 10,000 biji parasetamol secara percuma pada Sabtu.

Syaratnya orang ramai hanya perlu menunjukkan jari yang telah dicelup dengan dakwat sebagai bukti telah pergi mengundi.

Pengarah Urusannya, Zaid Al Helmi Mohd Yunus berkata, inisiatif itu juga diambil bertujuan memeriahkan suasana hari pengundian kali ini yang disifatkan luar biasa.

"Sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah negara mengamalkan demokrasi, menjadi tanggungjawab kita untuk mengundi dan memilih pemimpin yang akan mencorakkan masa depan negara.

"Tapi dalam keterujaan kita pergi mengundi, kami sebagai pusat perubatan juga nak sampaikan mesej kepada masyarakat jangan lupa untuk terus jaga kesihatan dan sebab itu kita tawarkan parasetamol percuma," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab setiap orang untuk memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik ketika ke pusat pengundian sekali gus mengelakkan penularan Covid-19.

Selain itu ujar Zaid Al Helmi, pihaknya juga menyedari kesukaran orang ramai untuk mendapatkan ubat berkenaan sejak beberapa bulan ini.

"Jadi ini juga sebahagian usaha kecil khidmat sosial kami membantu masyarakat mendapatkan parasetamol.

Artikel Berkaitan:

"Setiap orang hanya layak untuk menebus satu papan parasetamol saja bermula dari jam 8 pagi sehingga habis," katanya.

Dalam pada itu katanya, pihak klinik itu juga sebelum ini memberi saguhati wang tunai RM100 kepada setiap pekerjanya yang pergi mengundi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!