Kerangka perubahan PN beri tumpuan perkasa penduduk bandar

Mahathir (empat dari kiri) ketika melepaskan Konvoi Anak Muda bersama PN di Segambut pada Jumaat.
Mahathir (empat dari kiri) ketika melepaskan Konvoi Anak Muda bersama PN di Segambut pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Isu perumahan dan pendidikan warga kota antara yang perlu diberi perhatian khusus di Wilayah Persekutuan.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais berkata, selain itu, isu peniaga kecil termasuk peluang pekerjaan kepada anak muda juga sudah dimasukkan dalam kerangka yang akan dilaksanakan PN bagi memperkasakan penduduk di bandar.

“Kami telah mengenal pasti setiap isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat di 11 Parlimen di Wilayah Persekutuan dan akan cuba ditangani sebaik mungkin jika mandat diberikan kepada calon PN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnatumkan pelepasan Konvoi Anak Muda bersama PN di Segambut pada Jumaat.

Mahathir berkata, setiap calon sudah mempunyai senarai isu dan masalah setempat yang perlu diselesaikan jika mereka diberi kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat kelak.

"Selain itu, anak-anak di bandar juga memerlukan kelas tambahan ataupun kelas tuisyen bagi memastikan mereka mendapat lebih pembelajaran berbanding di sekolah.

“Isu kelas tambahan ini antara yang akan diberi tumpuan di bandar kerana kita mahu setiap anak-anak ini dapat bersaing dan memiliki pekerjaan yang menjamin masa hadapan,” jelasnya.

Beliau berkata, selain akademik, anak-anak juga perlu diberi pendedahan berhubung mengenai agama dan moral.

Artikel Berkaitan:

“Pendidikan agama dan moral amat penting agar mereka mempunyai jati diri dan tidak mudah terpengaruh serta terjebak dalam gejala sosial,” ujarnya.

Tambahnya, kehidupan warga kota juga tidak mudah kerana dibebani dengan kos sara hidup dan pastinya manifesto ‘PN Best’ yang dibentang oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat membantu rakyat khususnya golongan belia memiliki rumah.

“Ini termasuk menambah baik skim pembiayaan perumahan bagi B40 dan M40 seperti 'rent-to-own', pembelian tanah dan sebagainya,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!