PRU15: Mangsa banjir di Ledang tetap mahu keluar undi

Sebahagian daripada mangsa-mangsa banjiir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Simpang 5, Darat. (Gambar kecil: Zaiton Ahmad, Sami Manap, Mohd Zahid Mahathir)
Sebahagian daripada mangsa-mangsa banjiir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Simpang 5, Darat. (Gambar kecil: Zaiton Ahmad, Sami Manap, Mohd Zahid Mahathir)
A
A
A

LEDANG - Mangsa banjir dari Kampung Simpang 5 Darat dan Kampung Parit Pulai Darat yang kini berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 5 Darat di sini tetap mahu keluar mengundi esok walaupun terjejas banjir.

Sami Manap, 55, berkata, mereka mahu menunaikan tanggungjawab mengundi dan berharap mana-mana pihak dapat menyediakan kenderaan untuk ke pusat mengundi esok.

"Kita orang (mangsa banjir di PPS SK Simpang 5 Darat) akan pergi mengundi dan bertugas ketika mengundi.

"Perasaan teruja nak mengundi dan akan buat terbaik serta pastikan semua mangsa banjir di sini pergi keluar mengundi," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di PPS SK Simpang 5 Darat.

Sami yang juga merupakan seorang suri rumah berkata, perasaan mangsa-mangsa banjir di sini bercampur baur masa ini.

Namun, dia tidak marah kepada mana-mana pihak kerana percaya banjir itu kuasa ALLAH.

"Sudah ditentukan untuk mengundi esok. Undi sahajalah," katanya.

Sementara itu, Zaiton Ahmad, 55, berkata, dia hanya akan pergi ke pusat mengundi jika ada orang yang akan mengambilnya dan membawanya ke pusat undi esok.

"Tak marah... esok nak undi sebab tanggungjawab kita. Saya tak marah (hadapi banjir) sebab sudah biasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi mangsa banjir, Mohd Zahid Mahathir, 54, berkata, dia berasa sedih masa ini kerana rumah dilanda banjir.

Bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia, dia akan menunaikan tanggungjawabnya untuk mengundi esok.

"Setuju PRU15 diadakan sebab sudah sampai masa kita mengundi.

"Kena akur dengan apa yang diperintahkan. Kita perlu memilih kerajaan lebih baik dari sedia ada," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!