Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

PRU15: BN, PH mahu runding GPS bentuk kerajaan

18 November 2022 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 18 NOVEMBER 2022 UMNO menegaskan rundingan selepas PRU15 hanya akan berlangsung dengan Gabungan Parti Sarawak, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin dan Farina Rauf. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ketiadaan sebarang rundingan dengan gabungan dan parti politik lain dibuat atas keyakinan BN akan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah selepas hari mengundi pada Sabtu. Turut sama berharap Pakatan Harapan juga mahu membuat satu gabungan dengan parti Sabah dan Sarawak bagi membentuk kerajaan pada PRU15. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, setakat ini PH yakin satu-satunya gabungan yang jelas mendapat sokongan adalah Gabungan Parti Sarawak. Muzik: Artlist.co Artikel: https://bit.ly/3VaRkXM #BuletinTikTok #SinarHarian