Haram jual minuman keras sekitar venue Qatar 2022

Stadium 974 antara venue Piala Dunia Qatar 2022. - Foto AFP
Stadium 974 antara venue Piala Dunia Qatar 2022. - Foto AFP
A
A
A

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Qatar mengambil langkah drastik apabila mengharamkan penjualan minuman keras di sekitar lapan stadium Piala Dunia 2022, pada Jumaat

Badan bola sepak dunia itu berkata, keputusan hasil rundingan dengan penganjur Piala Dunia iaitu tuan rumah Qatar.

"Pihak berkuasa negara tuan rumah dan FIFA akan terus memastikan stadium dan kawasan sekitar menyediakan pengalaman menyeronokkan, hormat dan menyenangkan untuk semua peminat.

"Penganjur kejohanan menghargai pemahaman penaja dan sokongan berterusan kepada komitmen bersama kami untuk memenuhi keperluan semua semasa Piala Dunia Qatar 2022," kata FIFA.

Bagaimanapun keputusan terbaharu itu juga dijangka menjejaskan perjanjian kontrak badan induk bola sepak dunia tersebut dengan penaja utama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!