Pas ucap takziah buat keluarga calon PN DUN Tioman

Takiyuddin bersama isteri selesai mengundi di Maktab Sultan Ismail (SIC) pada Sabtu.
Takiyuddin bersama isteri selesai mengundi di Maktab Sultan Ismail (SIC) pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pas merakamkan ucapan takziah kepada keluarga calon Perikatan Nasional (PN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md Yunus Ramli yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, dalam undang-undang PRU kalau sekiranya ada dalam kalangan calon di Parlimen atau DUN meninggal dunia, proses pengundian baharu perlu dilakukan.

"PRU semula perlu dilakukan dengan satu prosedur baharu sebagaimana yang berlaku di Padang Serai, Kedah.

"Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga calon yang meninggal," katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi di Maktab Sultan Ismail (SIC) di sini pada Sabtu.

Beliau hadir bersama isteri, Datin Seri Hariza Yusoff.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan Md Yunus meninggal dunia awal pagi tadi.

Md Yunus, 61, dipercayai meninggal dunia pada jam 3.30 pagi akibat komplikasi jantung.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!