PRU15: Semalam keluar wad, hari ini mengundi

Nora ditolak menggunakan kerusi roda oleh petugas SPR selepas selesai membuang undi di SMK Machang, di sini.
Nora ditolak menggunakan kerusi roda oleh petugas SPR selepas selesai membuang undi di SMK Machang, di sini.
A
A
A

MACHANG - Seorang warga emas menjadi pengundi pertama yang membuang undi di Pusat Pembuangan Undi bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang bagi Parlimen P029 Machang.

Nora Mohd Zain, 62, hadir ke pusat pengundian bersama-sama suami dan anaknya dengan berkerusi roda kerana faktor penyakit yang dialaminya.

“Sebelum ini saya berada di Hospital Besar Machang kerana menerima rawatan berkenaan penyakit saya. Baru sahaja semalam saya dibenarkan pulang. Saya baru sahaja keluar dari wad kerana penyakit yang dialami. Saya ada banyak penyakit antaranya buah pinggang.

“Alhamdulilah, hari ini dapat datang mengundi dan saya datang awal pukul 7.30 pagi tadi untuk mengundi. Alhamdulilah dapat menjadi orang pertama mengundi.

“Sebelum ini, saya datang mengundi dalam keadaan sihat namun tahun ini berkerusi roda sebab tak boleh nak berjalan.

“Setiap tahun saya akan menjalankan tanggungjawab untuk mengundi kerana ia penting untuk tentukan kepimpinan negara kelak,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuang undi di SMK Machang, di sini.

Tambah Nora, dia berharap agar lebih ramai pengundi untuk keluar mengundi sekiranya tidak mempunyai halangan kerana ia merupakan tanggungjawab sebagai warganegara untuk menentukan masa depan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!