PRU15: Hilang kaki tidak halang keluar mengundi

Mohd Akmal menemani datuknya, Mohd Jelani Mat Akhir dan neneknya, Siti Aishah Ahmad membuang undi di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, di sini, pada Sabtu.
Mohd Akmal menemani datuknya, Mohd Jelani Mat Akhir dan neneknya, Siti Aishah Ahmad membuang undi di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

POKOK SENA - [DIKEMAS KINI] Kehilangan sebelah kaki tidak mematahkan semangat seorang warga emas dari Kampung Masjid untuk membuang undi sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu.

Cucunya, Mohd Akmal Hakim Mohd Rosli,30, berkata, datuknya, Mohd Jelani Mat Akhir, 97, tetap bersemangat walaupun agak sukar bergerak akibat kehilangan kaki dalam kemalangan jalan raya.

Menurut Mohd Akmal, datuknya tidak pernah culas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi meskipun sudah tidak mengingati berapa kali sudah membuang undi.

"Dari awal pagi, datuk teruja dan bertanya saya berulang kali bilakah boleh membawanya untuk mengundi bersama nenek, Siti Aishah Ahmad, 81.

"Jadi, selepas saya selesai membuang undi di tempat lain, saya terus membawa datuk dan nenek ke lokasi membuang undi mereka di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau memberitahu, datuk kehilangan kaki kanan kira-kira 15 tahun lepas selepas terbabit kemalangan antara motosikal dengan sebuah kereta.

"Namun, dia tetap kuat dan bersemangat, malah sanggup berjalan kaki sendiri menggunakan tongkat jalan dari pintu pagar ke dewan untuk membuang undi," katanya.

Mohd Akmal berkata, datuknya yang masih mampu mengajar kitab-kitab lama kelihatan gembira apabila berpeluang menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia apabila dapat mengundi seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!