Fuziah bersama sembilan ahli keluarga mengundi di SMK Tok Sira

Fuziah bersama suami, ibu dan bapa saudara menunjukkan jari dengan kesan dakwat selepas selesai mengundi di pusat mengundi di SMK Tok Sira pada Sabtu.
Fuziah bersama suami, ibu dan bapa saudara menunjukkan jari dengan kesan dakwat selepas selesai mengundi di pusat mengundi di SMK Tok Sira pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bersama sembilan ahli keluarganya termasuk suami, anak, ibu, bapa saudara dan adik mengundi di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sira di sini pada Sabtu.

Fuziah tiba di pusat pengundian itu ditemani suami, Dr Russly Abd Rahman jam 10.12 pagi.

Menurutnya, turut mengundi di situ ibunya, Fatimah Salleh, 78, dan bapa saudara, Mohd Noor Suli, 83.

Fuziah (tiga dari kanan) dan Abdul Hamid (dua dari kiri) sempat bergambar setelah bertembung di pintu masuk pusat mengundi di SMK Tok Sira pada Sabtu.
Fuziah (tiga dari kanan) dan Abdul Hamid (dua dari kiri) sempat bergambar setelah bertembung di pintu masuk pusat mengundi di SMK Tok Sira pada Sabtu.

"Empat anak saya dan dua adik turut mengundi di sini," katanya.

Sementara itu, calon BN Parlimen Kuantan, Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar yang turut mengundi di pusat itu tiba jam jam 9.20 pagi.

Abdul Hamid sempat berbual seketika dengan Fuziah selepas mereka bertembung di pintu masuk pusat mengundi.

Artikel Berkaitan:

Abdul Hamid membuang kertas undi di pusat mengundi SMK Tok Sira pada Sabtu.
Abdul Hamid membuang kertas undi di pusat mengundi SMK Tok Sira pada Sabtu.

Fuziah dan Abdul Hamid berdepan saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) ini apabila turut dicabar calon Perikatan Nasional (PN) Wan Razali Wan Nor dan Anuar Mohd Tajuddin (Pejuang).

Sehingga jam 11 pagi pada Sabtu, proses pengundian di SMK Tok Sira berjalan lancar walaupun hujan seketika.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!