PRU15: Wanita dalam pantang keluar mengundi

Noor Ayuernie hadir ke pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan ( SK) Simpang Renggam pada pagi Sabtu.
Noor Ayuernie hadir ke pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan ( SK) Simpang Renggam pada pagi Sabtu.
A
A
A

KLUANG - Seorang wanita yang masih berpantang antara pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam pada pagi Sabtu.

Noor Ayuernie Ibrahim, 40, hadir bersama suami Mohd Sabri Mohd Bakri, 44.

Pensyarah Universiti Selangor (Unisel) itu berkata, walaupun baharu tiga hari berpantang namun demi mengundi ia tidak menjadi masalah untuk datang ke pusat pembuangan undi.

"Saya dan suami tinggal di Shah Alam. Kami pulang ke rumah ibu dan ayah saya di Simpang Renggam untuk berpantang selepas keguguran anak pertama pada usia kandungan 12 minggu.

"Saya tidak berdepan masalah untuk ke pusat pembuangan undi. Ahli keluarga turut memberi sokongan," katanya.

Katanya lagi, sepanjang proses mengundi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) banyak memberi bantuan terutama kerusi roda selain petugas yang mesra.

Noor Ayuernie merupakan antara 59,053 pengundi di Parlimen Simpang Renggam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!