PRU15: 300 pek nasi Arab percuma 'licin' 30 minit

Restoran Al-Hanin di Taman Rinting di sini mengedarkan 300 pek nasi Arab percuma kepada orang ramai yang sudah mengundi.
Restoran Al-Hanin di Taman Rinting di sini mengedarkan 300 pek nasi Arab percuma kepada orang ramai yang sudah mengundi.
A
A
A

PASIR GUDANG - Restoran Al-Hanin di Taman Rinting di sini mengedarkan 300 pek nasi Arab percuma kepada orang ramai yang sudah mengundi terutama di pusat undi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 1 pada Sabtu.

Pengusahanya, Zulrahim Yusof berkata, kesemua pek makanan tersebut habis kurang 30 minit apabila pelanggan datang berbaris pada jam 9 pagi selepas pemberian percuma itu tular di media sosial.

Dia mendakwa, selepas tular pelanggan datang berbaris di restorannya tanpa mengetahui pemberian percuma itu sudah habis diedarkan.

"Saya minta pekerja untuk menambah lagi 100 bungkusan percuma. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat untuk sama-sama keluar menunaikan tanggungjawab mengundi," katanya.

Zulrahim berkata, biasanya restoran miliknya itu beroperasi dari jam 11 pagi hingga 10 malam tapi pada Sabtu orang ramai datang awal.

Selain itu katanya, pihaknya juga akan memberikan diskaun sebanyak 15 peratus kepada pelanggannya pada hari ini.

"Pelanggan hanya perlu menunjukkan jari mereka yang telah dicelup dakwat sebagai tanda sudah mengundi, mereka layak untuk mendapat diskaun tersebut.

"Tawaran itu merupakan satu inisiatif pihaknya sebagai rakyat Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai keluar mengundi.

"Harapan saya agar ramai lagi dalam kalangan masyarakat sama ada para peniaga atau individu yang ada kelebihan rezeki untuk sama-sama berkongsi rezeki sesama masyarakat kita tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!