'Rezeki hari mengundi'

Nova mengambil pesanan daripada pelanggan di warungnya pada Sabtu.
Nova mengambil pesanan daripada pelanggan di warungnya pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Peniaga makanan di Kampung Pasir di sini mengakui berlaku peningkatan pelanggan ke warung mereka sempena hari mengundi pada Sabtu.

Menurut seorang peniaga, Nova Ripin, 42, sejak dibuka pagi tadi, pelanggan tidak putus-putus berkunjung ke warungnya itu yang berada di hadapan Pusat Pembuangan Undi di Sekolah Agama Dato Omar Yusof, Kampung Pasir

"Warung ni memang buka setiap hari, tapi memandangkan hari ini hari mengundi pengunjung semakin ramai, alhamdulillah.

"Entah-entah sampai ke petang pun pengunjung akan bertambah ramai lagilah.

"Untuk hari ini kami jangkakan akan beroperasi dari pagi sampai empat petang nanti (mungkin dilanjutkan)," katanya kepada Sinar Harian.

Tinjauan Sinar Harian mendapati biarpun warung berkenaan tidak terlalu 'padat' dengan jumlah pengunjung, namun orang ramai dilihat sering keluar masuk untuk menjamu selera selain memesan makanan secara 'bungkus' setelah selesai mengundi.

Nova
Nova

Sementara itu, Nova mengakui agak gembira dengan peningkatan jumlah pengunjung ke warungnya itu pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, peningkatan itu juga dilihat sebagai sesuatu yang unik kerana senario sedemikian hanya dapat dilihat dalam tempoh lima tahun sekali.

"Bagi saya, hari ini adalah hari yang istimewa...lima tahun sekali dan Insya-ALLAH, menjelang petang lebih ramai yang akan berkunjung ke warung saya ini," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!