Nepal mengundi pada Ahad

Seramai 18 juta rakyat Nepal akan menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya umum dan wilayah bagi membentuk kerajaan baharu pada Ahad. Foto AP
Seramai 18 juta rakyat Nepal akan menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya umum dan wilayah bagi membentuk kerajaan baharu pada Ahad. Foto AP
A
A
A

NEW DELHI - Seramai 18 juta rakyat Nepal akan menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya umum dan wilayah bagi membentuk kerajaan baharu pada Ahad.

Pilihan raya itu diadakan untuk memilih 275 ahli Dewan Perwakilan dan 550 anggota bagi tujuh dewan wilayah.

Negara itu diperintah 10 kerajaan berbeza sejak pemansuhan monarki yang berusia 239 tahun pada 2008, lapor Agensi Anadolu.

Suruhanjaya Pilihan Raya Nepal memaklumkan seramai 2,412 calon bersaing merebut 165 daripada 275 kerusi Dewan Perwakilan di bawah sistem first-past-the-post (FPTP), dan calon yang memenangi undian terbanyak di setiap kawasan akan dipilih.

Ahli dewan perwakilan yang selebihnya akan dipilih melalui perwakilan bahagian.

Sementara itu, lebih 3,220 calon bersaing merebut 330 kerusi wilayah di bawah sistem FPTP, dan 220 lagi dipilih melalui perwakilan bahagian.

Nepal adalah antara negara termiskin di dunia dan 80 peratus penduduknya beragama Hindu. - Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!