Kedah benam TFC 3-0
Foto ihsan Mohd Asyraff
A
A
A
Gol pertama Kedah muncul pada minit ke-24 menerusi Jobathan Bauman selepas Farhan Roslan dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan TFC, Nasrullah Haniff Johan di dalam kotak penalti.
Lang Merah menambah koleksi gol kedua pada perlawanan malam ini menerusi Zaquan Adha Abd Razak yang bijak menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Suffian Ab Rahman hasil kesilapan pertahanan mereka pada minit ke-32 untuk kedudukan semasa Kedah di hadapan 2-0.
Bagaimanapun TFC cuba bangkit menerusi pemain importnya, Sanjar Shaakhmedov yang cuba melakukan percubaan dari jauh namun tepat ke dakapan penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim pada minit ke-33.
Separuh masa kedua bermula, TFC meningkatkan serangan ke kubu tuan rumah untuk merapatkan jurang jaringan namun pertahanan Lang Merah berjaya menyerap asakan lawan.
Peluang keemasan buat Sang Penyu muncul pada minit ke-66 apabila Ifwat Akmal sudahpun tertewas namun percubaan Tchetche Kipre sekadar melintasi hadapan pintu gol Kedah.
Kedah menambah keperitan TFC pada minit ke-72 apabila menjaringkan gol ketiga untuk kedudukan 3-0 menerusi Fernando Rodriguez yang memanfaatkan hasil hantaran Farhan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!