PRU15: Proses pengundian di Baram digantung
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggantungkan proses pengundian Parlimen Baram, Sarawak.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menerusi kenyataannya pada Sabtu memaklumkan tindakan itu dibuat berikutan keadaan cuaca tidak baik di Baram.
"Ia menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air," katanya.
Menurutnya, penggantungan itu membabitkan 11 pusat pengundian iaitu Sekolah Kebangsaan Long Naah (saluran satu dan dua); Sekolah Kebangsaan Long Luteng (saluran dua); RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg Lepo Gah (saluran satu dan dua); Sekolah Kebangsaan Long Sait (saluran dua) dan Sekolah Kebangsaan Long Tungan (saluran satu dan dua).
Turut terbabit, Sekolah Kebangsaan Long Moh (saluran dua); Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (saluran satu); Sekolah Kebangsaan Long Jekitan (saluran satu dan dua); Sekolah Kebangsaan Long Lamei (saluran dua) Sekolah Kebangsaan Lio Mato (saluran satu dan dua) dan Sekolah Kebangsaan Long Banga (saluran satu dan dua).
Tarikh baharu pengundian bagi pusat mengundi dan tempat mengundi akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian," katanya.
Parlimen Baram menyaksikan pertandingan penyandangnya, Datuk Anyi Ngau yang mewakili GPS, Ronald Enggan (PH) dan Wilfred Entika Rebai (bebas).
Media melaporkan bebera pusat pengundian Parlimen Baram terpaksa dipindahkan selepas dilanda banjir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!