PRK Rantau: Ceramah perdana pecutan terakhir PH
Ceramah ini menghimpunkan barisan pimpinan tertinggi PH, antaranya Ketua Umum PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Turut hadir, calon PH, Dr S Streram dan pemimpin-pemimpin yang mewakili parti komponen PH.
Selain mendengar ceramah, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian artis popular, Siti Nordiana.
PRK DUN Rantau akan berlangsung esok yang menyaksikan pertandingan empat penjuru.
Selain Streram, calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, dua calon Bebas iaitu R Malar dan Mohd Nor Yassin turut bertanding.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!