[VIDEO] PRU15: Kecoh pusat undi tutup awal

Tangkap layar video orang awam tidak berpuas hati pintu pagar pusat mengundi ditutup awal
Tangkap layar video orang awam tidak berpuas hati pintu pagar pusat mengundi ditutup awal
A
A
A

KUALA PILAH - Tiga video tular di aplikasi WhatsApp memaparkan beberapa pengundi tidak berpuas hati apabila Pusat Mengundi di Balai Raya Kampung Melang, di sini ditutup seawal jam 2 petang.

Dalam video berdurasi 30 saat itu menunjukkan beberapa orang awam menunggu di luar balai raya berkenaan dengan keadaan pagar yang telah ditutup.

Tangkap layar video orang awam tidak berpuas hati pintu pagar pusat mengundi ditutup awal
Tangkap layar video orang awam tidak berpuas hati pintu pagar pusat mengundi ditutup awal

Malah berlaku sedikit kekecohan kerana mereka mendakwa sepatutnya pusat mengundi dibuka sehingga jam 6 petang.

Pegawai Pengurus Pilihanraya Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, mengikut Borang 8 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beberapa pusat mengundi ditutup lebih awal termasuk di Kampung Melang seperti yang telah diwartakan.

"Pusat mengundi di Balai Raya Kampung Melang memang ditutup awal iaitu jam 2 petang, perkara itu memang sudah diwartakan SPR dan ia boleh dirujuk di borang 8.

"Kami petugas hanya menjalankan arahan diberikan SPR. Jika pusat mengundi itu dibuka sehingga jam 6 seperti pusat lain, ia mungkin mendapat bantahan daripada pihak SPR sendiri," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tangkap layar video menunjukkan orang awam tidak berpuas hati apabila pintu pagar Pusat Mengundi di Balai Raya Kampung Melang, Kuala Pilah ditutup awal.
Tangkap layar video menunjukkan orang awam tidak berpuas hati apabila pintu pagar Pusat Mengundi di Balai Raya Kampung Melang, Kuala Pilah ditutup awal.

Artikel Berkaitan:

Mohd Faizal berkata, dia juga kesal dengan insiden itu sehingga menyebabkan pengundi tiada kesempatan untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih calon pilihan masing-masing.

"Bagaimanapun, ia memang sudah ditetapkan begitu. Bukan di Kampung Melang sahaja, malah terdapat pusat mengundi yang ditutup lebih awal iaitu jam 2 dan 4 petang.

"Pengundi juga sepatutnya lebih cakna dengan pusat mengundi mereka dan keluar mengundi lebih awal," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!