Pecutan terakhir sebelum pusat pengundian ditutup

Aina Mardhiyah yang bekerja sebagai penghantar makanan mencuri masa keluar mengundi.
Aina Mardhiyah yang bekerja sebagai penghantar makanan mencuri masa keluar mengundi.
A
A
A

GOMBAK - Masa sejam sebelum pusat pengundian ditutup dimanfaatkan sebaiknya oleh seorang penghantar makanan untuk menunaikan kewajipan mengundi.

Aina Mardhiyah Md Hashim, 26, berkata, dia telah berkali-kali berlegar di pusat pengundian SK Taman Sri Gombak 2 di sini untuk membuang undi.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai masih beratur panjang menyebabkannya tidak sanggup menunggu sebelum mengambil keputusan untuk datang semula pada waktu petang.

"Sementara tunggu orang kurang, saya hantar tempahan pelanggan dulu dan datang sedikit lewat supaya tidak perlu menunggu lama.

"Saya ikut masa disyorkan iaitu antara jam 4 ke 5 petang dan Alhamdulillah dapat selesaikan urusan mengundi dalam masa lima minit saja," katanya.

Katanya, strategi datang lewat membuahkan hasil apabila tidak perlu beratur panjang dan selesai mengundi kurang dalam masa singkat.

Sementara itu, seorang peniaga, Siti Izzatul Aini Md Hashim, 23, menjadi individu terakhir yang hadir di pusat pengundian di SK Taman Sri Gombak 2.

Artikel Berkaitan:

Siti Izzatul Aini individu terakhir keluar dari pusat undi SK Taman Sri Gombak 2 pada Sabtu.
Siti Izzatul Aini individu terakhir keluar dari pusat undi SK Taman Sri Gombak 2 pada Sabtu.

Siti Izzatul Aini tiba kurang 10 minit sebelum pusat pengundian ditutup.

"Saya berniaga sendiri jadi terpaksa bergilir-gilir dengan adik-beradik lain untuk mengundi. Ada yang mengundi AU2 dan juga Keramat, saya pula mengundi di SK Taman Sri Gombak 2.

"Mulanya ada rasa risau juga jika tidak sempat mengundi tapi selepas selesai mengundi, saya rasa lega kerana dapat mengundi buat pertama kali, " katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!