Restoran Don & Western Grill hargai petugas media
GEORGETOWN - Restoran Don & Western Grill di Jalan Penang meraikan petugas media di Pulau Pinang yang bertugas pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyediakan makanan secara percuma pada Sabtu.
Pengarahnya, Syed Mohamad Syed Hasan Aidid berkata, pemberian pek makanan itu bagi menghargai peranan petugas media yang bekerja keras sepanjang tempoh PRU15 dalam melaporkan berita kepada masyarakat.
Menurutnya, ia antara tanggungjawab sosial syarikat bagi meraikan petugas media yang selama ini menyokong perniagaan restoran mereka di Jalan Penang.
Hanya perlu tunjukan pas media, kami akan berikan pek makanan secara percuma.
"Ini sebagai mengenang jasa pengamal media yang sanggup membanting tulang menyampaikan maklumat yang benar dan tepat kepada masyarakat,"katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!