Zambry ketinggalan, PN mendahului di Lumut
IPOH - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketinggalan di kerusi Parlimen Lumut setakat jam 7.45 malam.
Keputusan tidak rasmi menyaksikan bekas Menteri Besar Perak itu memperoleh 2,580 undi di belakang calon Perikatan Nasional (PN), Nordin Ahmad Ismail.
Nordin mendapat 3,758 undi mengatasi calon lain termasuk penyandang kerusi, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli dari Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 448 undi.
Dua lagi calon, Mohd Isnin Ismail (Warisan) mendapat 52 undi dan Mazlan Abdul Ghani (Pejuang) dengan 40 undi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!