PRU15: Abdul Hadi mendahului di Marang

Abdul Hadi (depan) ketika hadir ke pusat pembuangan undi di SK Rusila, Marang pada pagi Sabtu.
Abdul Hadi (depan) ketika hadir ke pusat pembuangan undi di SK Rusila, Marang pada pagi Sabtu.
A
A
A

MARANG - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Marang menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang mendahului dengan memperoleh majoriti 18,083 undi setakat 8.40 malam ini.

Beliau memperoleh 31,129 undi mengatasi Jasmira Othman (BN) yang mendapat 13,046 undi, Azhar Ab Shukur (Pakatan Harapan) mendapat 1,562 undi manakala Dr Zarawi Sulong (Gerakan Tanah Air) mendapat 207 undi.

Setakat ini sebanyak 99 peti undi daripada keseluruhan 233 telah diterima di pusat penjumlahan undi di Pejabat Daerah dan Tanah Marang.

Berdasarkan statistik pengundi, terdapat seramai 131,756 pengundi berdaftar di Parlimen Marang termasuk 743 pengundi awal.

Pada PRU14 lalu, Abdul Hadi yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Marang memperoleh 53,749 undi dengan majoriti 21,954 menewaskan calon BN, Mohamad Nor Endot (31,795 undi) dan calon PH, Zarawi Sulong (5,138 undi).


Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!