PH sedang mendahului 22 kerusi: Rafizi
PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) sedang mendahului parti-parti lain dengan memperoleh kemenangan di 22 kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Perkara itu dikongsikan calon PH di Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di laman Twitternya sebentar tadi.
Menurut Rafizi yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Barisan Nasional dan Perikatan Nasional masing-masing memperoleh kemenangan di tujuh kerusi yang ditandingi.
Difahamkan setakat jam 4 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 70 peratus daripada lebih 21 juta pengundi yang layak telah keluar mengundi.
PRU15 kali ini menyaksikan PH bertanding 220 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, PH berjaya membentuk kerajaan selepas memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 113 kerusi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!