Warga Sweden tersangkut di tiang kapal layar

Seorang lelaki tersangkut pada tiang layar di selamatkan oleh anggota bomba, hari ini.
Seorang lelaki tersangkut pada tiang layar di selamatkan oleh anggota bomba, hari ini.
A
A
A

LUMUT- Khidmat bomba dipanggil untuk membawa turun seorang lelaki warga Sweden yang tersangkut pada tiang layar kapal miliknya di Jeti Marina Island di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 7.20 malam itu, lelaki berusia 64 tahun sedang membaiki lampu di tiang layar sebelum menyedari peralatan yang membawanya turun telah rosak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata, sepasukan anggota diketuai oleh Salahuddin Mokhtar dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Bomba membawa turun mangsa dengan menggunakan jenteta Skylift milik bomba TLDM.
Bomba membawa turun mangsa dengan menggunakan jenteta Skylift milik bomba TLDM.

"Mangsa tersangkut pada ketinggian dianggarkan 25 meter. Operasi diteruskan dengan bantuan pasukan bomba Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pangkalan Lumut.

"Mangsa berjaya dibawa turun dengan menggunakan jentera skylift milik pasukan itu," katanya.

Menurutnya, mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan dan operasi tamat pada jam 8.41 malam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!