PRU15: Ibu Pejabat UMNO Johor lengang
JOHOR BAHRU - Keadaan terkini di pusat gerakan BN Ibu Pejabat UMNO Johor di Jalan Yahya Awal di sini agak lengang.
Kerusi yang disusun di dalam pusat gerakan itu juga dilihat masih banyak kosong.
Pimpinan BN sama ada daripada UMNO, MCA dan MIC juga masih belum berada di pusat gerakan berkenaan.
Difahamkan, Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berada di Kuala Lumpur.
Hanya Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Menteri Besar dan Setiausaha UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali kelihatan memasuki pusat gerakan bagi meninjau keputusan terkini Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Petugas media yang berada di Ibu Pejabat UMNO sejak jam 7 malam masih menunggu keputusan rasmi dikeluarkan selepas diminta menunggu di luar pusat gerakan BN Johor.
Ia berikutan terdapat perbincangan tertutup antara Onn dan petugas parti yang sedang berlangsung.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!