Radzi Jidin lebur rekod Ku Nan di Putrajaya
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Rekod penyandang Parlimen Putrajaya selama empat penggal berturut-turut yang dipegang oleh Tengku Adnan Tengku Mansor sejak tahun 2004, akhirnya dileburkan oleh bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dari Perikatan Nasional (PN).
Mohd Radzi mengumpul 16,002 undi mengalahkan Tengku Adnan dengan majoriti 2,310 undi.
Ku Nan memperoleh 13,692 undi.
Calon PH, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz pula memperoleh 5,988 undi manakala Pejuang yang diwakili Datuk Mohd Rosli Ramli pula 878 undi.
Dua calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi mendapat 63 undi dan Lim Fice Bee pula 20 undi.
Mohd Rosli, Samsudin dan Fice Bee hilang deposit.
Putrajaya sebelum ini didominasi oleh Tengku Adnan selama empat penggal berturut-turut sejak 18 tahun yang lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!