PRU15: 'Tahniah... masih awal lagi'

Alias (dua dari kiri) ketika tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Bahagian Pilihan Raya P035 Kuala Nerus di Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, pada Sabtu.
Alias (dua dari kiri) ketika tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Bahagian Pilihan Raya P035 Kuala Nerus di Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, pada Sabtu.
A
A
A

KUALA NERUS - "Masih awal lagi." Demikian reaksi calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak selepas menerima ucapan tahniah daripada pelbagai pihak susulan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 yang berpihak kepada beliau.

Alias Razak tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Bahagian Pilihan Raya P035 Kuala Nerus di Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah di sini, pada Sabtu, jam 9.52 malam.

Beliau juga memberikan senyuman lebar apabila memasuki Dewan Perdana di sini, sebelum mendekati para media yang sedang bertugas.

Setakat jam 10.20 malam, menerusi keputusan tidak rasmi, Alias mendahului dengan 51,549 undi berbanding Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (BN) sebanyak 25,020 dengan majoriti 26,529.

Keputusan tersebut melibatkan 168 daripada 184 peti undi.



Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!