PRU15: Foong Hin kekal di Kota Kinabalu

Foong Hin
Foong Hin
A
A
A

KOTA KINABALU - Calon Pakatan Harapan (PH), Chan Foong Hin terus mengekalkan kerusi Parlimen Kota Kinabalu apabila berjaya mendapat majoriti 23,783 undi.

Menurut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Foong Hin memperoleh sebanyak 31,359 undi berjaya menewaskan calon Parti Warisan (Warisan), Yeo Yan Yin dengan jumlah undi sebanyak 7,576.

Tiga lagi calon iaitu dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Yee Tsai Yiew yang mendapat 4,592 undi, Winston Liaw Kit Siong dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) memperoleh sebanyak 456 undi dan calon Bebas, Marcel Jude dengan jumlah undi sebanyak 137 telah hilang deposit.

Parlimen Kota Kinabalu mempunyai seramai 74,059 pengundi berdaftar dan sebanyak 44,120 jumlah undi serta peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 59.57 peratus.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!