PRU15: Khaled Nordin menang di Parlimen Kota Tinggi
KOTA TINGGI - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menang kerusi Parlimen Kota Tinggi dengan memperoleh 25,410 undi.
Bekas Menteri Besar itu meninggalkan dua pencabarnya dengan majoriti 8,390 undi.
Dua lagi calon iaitu Mohamad Ridhwan Rasman dari Perikatan Nasional (PN), meraih undian sebanyak 17,020, manakala calon Pakatan Harapan (PH), Onn Jaafar mendapat undian sebanyak 4,903.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pada jam 10.20 malam.
Parlimen Kota Tinggi merekodkan peratus keluar mengundi sebanyak 78.53 dan sebanyak 318 kertas undi ditolak, manakala 478 kertas undi tidak dikembalikan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!