Tun Mahathir tewas di Langkawi
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kalah teruk di Parlimen Langkawi apabila hanya memperoleh 4,566 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Suhaimi Abdullah memenangi kerusi itu dengan majoriti 13,518 selepas mendapat 25,463 undi.
Tiga calon lain iaitu Datuk Armishah Siraj dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 11,945 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Zabidi Yahya sebanyak 5,417 undi.
Sementara calon Bebas, Datuk Abd Kadir Sainudin yang bertanding atas logo kapal terbang hilang deposit dengan 89 undi.
Dr Mahathir Mohamad yang berusia 96 tahun menjadi calon tertua bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pada PRU14, beliau menang di kerusi tersebut dengan majoriti 8,893 undi menewaskan calon BN, Datuk Nawawi Ahmad dan calon Pas, Zubir Ahmad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!