PRU15: Suasana suram menyelubungi kem BN
KUALA LUMPUR - Suasana suram menyelubungi kem BN dengan tiada sebarang majlis pengumuman keputusan dibuat.
Sehingga jam 12.30 tengah malam, kira-kira 100 petugas media yang berkampung di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WT) di sini masih lagi tertunggu-tunggu perkembangan terbaru daripada pihak BN.
Pemimpin-pemimpin BN yang hadir juga mengambil pendekatan untuk berdiam diri apabila dihampiri media.
Pihak media yang membanjiri WTC sejak dari jam 6 petang hanya mendapatkan info terkini keputusan melalui skrin besar yang dipasang.
Sehingga kini, hanya beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang hadir, antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Turut hadir, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!