Ismail Sabri menang majoriti besar
BERA - Naib Presiden UMNO, Datuk Ismail Sabri Yaakob terus mempertahankan kerusi Parlimen Bera selama lima penggal berturut-turut selepas mencatatkan majoriti besar 16,695 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ismail Sabri meraih 31,762 undi menewaskan pencabarnya Asmawi Harun dari Perikatan Nasional (PN) dan Abas Awang (Pakatan Harapan).
Keputusan rasmi tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Konvesyen Majlis Daerah Bera pada jam 12.45 tengah malam dengan peratusan keluar mengundi, 77.90 peratus.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!