PRU15: Azmin gagal pertahan Gombak, tewas ditangan Amirudin

Gambar dari kiri: Amirudin Shari, Azmin Ali
Gambar dari kiri: Amirudin Shari, Azmin Ali
A
A
A


GOMBAK - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak selepas tewas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin daripada Pakatan Harapan (PH) menewaskan empat pencabar lain dengan majoriti 12,729 undi.

Beliau memperoleh 72,267 undi diikuti Mohamed Azmin (PN) dengan 59,538 manakala Datuk Megat Zulkarnain Omardin daripada BN 30,723 undi , Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir (Pejuang) 2,223 undi dan Ir Zulkifli Ahmad (Bebas) 675 undi.

Keputusan itu turut menyaksikan Zulkifli hilang wang deposit selepas gagal memperoleh satu per lapan daripada jumlah undi keseluruhan.

Untuk rekod, Gombak disandang oleh Mohamed Azmin atas tiket PH selama tiga penggal.

Pada PRU14, Mohamed Azmin menang dengan majoriti 48,721 menewaskan calon BN Datuk Rahim Kamarudin dan Khairul Nizam Khirudin (Pas).

Dalam pada itu, Amirudin menerusi satu video ringkas memaklumkan dalam perjalanan ke pusat penjumlahan undi PRU15 Gombak di SMK Sungai Pusu dari kediamannya di Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!