PRU15: Anwar menang besar di Tambun

Anwar
Anwar
A
A
A

IPOH - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar di Parlimen Tambun dengan memperoleh 49,625 undi dan majoriti sebanyak 3,736 undi.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menewaskan pencabar utama, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahmad Faizal selaku penyandang kerusi memperolehi 45,889 undi sementara calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mendapat undian sebanyak 28,140 dan calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir sebanyak 1,115 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Tambun, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan di sini.

Kemenangan itu bakal mengesahkan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya memperolehi majoriti bagi membentuk kerajaan baharu.


Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!