PRU15: Parlimen tergantung, rakyat perlu kerajaan stabil

Hishammuddin - Foto Bernama
Hishammuddin - Foto Bernama
A
A
A

KLUANG - Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyifatkan Parlimen kini sebagai tergantung kerana tiada gabungan politik yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Beliau yang berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Sembrong dengan majoriti 10,880 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkata, ini kerana tiada parti atau gabungan politik yang dominan dan mampu menubuhkan kerajaan ketika ini.

Yang paling penting negara dan rakyat memerlukan kerajaan yang stabil dalam melangkah ke hadapan. Ini sebabnya kita mesti bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.

"Namun, saya konsisten sejak sebelum ini lagi, dan saya tetap teguh pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan," katanya dalam entri terbaharu Facebook miliknya, pada Ahad.

Walaupun begitu, Ketua UMNO Bahagian Sembrong itu mahu keputusan rakyat dalam PRU15 perlu dihormati dan diinsafi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!