Ecuador bawa semangat Castillo di Qatar 2022

IMBAS KEMBALI.. Castillo cuba diasak pemain pemain Argentina, Nicolas Gonzalez (kiri) semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 Amerika Selatan FIFA Qatar 2022 di Stadium Monument Isidro Romero di Guayaquil, Ecuador.
IMBAS KEMBALI.. Castillo cuba diasak pemain pemain Argentina, Nicolas Gonzalez (kiri) semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 Amerika Selatan FIFA Qatar 2022 di Stadium Monument Isidro Romero di Guayaquil, Ecuador.
A
A
A

BYRON Castillo tidak akan berada di padang apabila Ecuador berdepan Qatar dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt awal pagi Isnin.

Namun semangat pemain pertahanan itu akan sentiasa berada bersama La Tricolor sepanjang jajaran berliku pasukan Amerika Selatan tersebut ke Doha untuk kejuaraan berprestij bola sepak dunia berkenaan.

Jika anda hanya melihat kekecewaan yang terpaksa ditanggung Byron. Anda juga telah melihat kekecewaan dari seluruh skuad ini terhadap perkara yang berlaku kepada Byron.

“Byron bagi kami adalah simbol perjuangan pasukan bola sepak Ecuador untuk sampai ke Doha dan semangat dia akan bersama kami di atas padang walaupun jasadnya tiada di sana,” kata Alfaro pada Sabtu.

Ecuador sebelum ini mengetepikan Castillo daripada skuad 26 pemain ke Piala Dunia, walaupun Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) mengesahkan pemain itu sebagai rakyat negara berkenaan.

Awal bulan ini, CAS mengesahkan Ecuador boleh bermain Qatar 2022 selepas menolak dakwaan Chile bahawa Castillo tidak layak bermain di peringkat kelayakan.

Namun Alfaro membuat keputusan tidak menyenaraikan Castillo selepas Ecuador dikenakan pemotongan tiga mata bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan denda AS$106,033.29 (RM486,671.59) kerana menggunakan dokumen mengandungi maklumat palsu.

Pada September lalu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Chile susulan dakwaan awal Castillo dilahirkan di Tumaco, Colombia pada 1995, bukannya di bandar Ecuador, General Villamil Playas pada 1998, seperti dicatatkan pada dokumen rasminya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, CAS menegaskan Persekutuan Bola Sepak Ecuador (FEF) melanggar Artikel 21 Kod Disiplin FIFA kerana menggunakan dokumen mengandungi maklumat palsu.

Ecuador sentiasa menafikan pemain itu tidak layak bermain, malah FEF mengaku menggunakan dokumen dan kriteria sah ketika memilih Castillo.

Sementara itu, biarpun mengakui Ecuador merupakan pasukan pilihan untuk meninggalkan Stadium Al Bayt dengan tiga mata, namun Alfaro tetap menyifatkan Qatar sebuah pasukan yang memiliki kekuatan tersendiri sebagai tuan rumah.

“Qatar adalah Qatar dan mereka telah membuat persediaan untuk perlawanan ini selama lebih 12 tahun.

“Mereka telah membuat persiapan intensif selama lima, enam bulan bermain perlawanan persahabatan kompetitif yang bermakna mereka adalah pasukan yang sangat tersusun dan bersedia menampilkan sesuatu yang luar biasa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!