PRU15: Kehadiran 'Awang' ceriakan suasana mengundi

Awang menunjukkan isyarat bagus kepada pengundi yang sedang beratur menunggu giliran untuk membuang undi.
Awang menunjukkan isyarat bagus kepada pengundi yang sedang beratur menunggu giliran untuk membuang undi.
A
A
A

DUNGUN - Kehadiran pempengaruh, Muhammad Hafizuan Muhammad Adam, 28, yang terkenal dengan jolokan 'Awang' di pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Dungun mencuit hati para petugas dan pengundi.

Awang yang tiba seawal jam 8 pagi menemani ahli keluarga untuk menunaikan tanggungjawab menarik perhatian ramai dengan pelbagai gelagat dan reaksi.

Pemuda yang tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran tersebut tetap bersemangat menunaikan tanggungjawab walaupun kurang memahami tujuan sebenar tugas berkenaan

"Pagi ini saya datang teman ibu dahalu, saya akan mengundi pada sebelah petang.

Saya mengundi sebab ini tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia," katanya yang berasal dari Kampung Seberang Pintasan.

Antara karya awang yang mendapat sambutan luar biasa adalah beberapa siri video berjudul 'Durian Mustaqim' memaparkan realiti semasa mengenai durian, termasuk harga yang tinggi, menjadi fenomena ketika itu di platform media sosial seperti YouTube, Facebook, Tik Tok dan Instagram.

Awang mempunyai puluhan ribu pengikut di media sosial dan pelbagai video lakonan serta gelagatnya ditonton lebih ratusan ribu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!