Hanya separuh pengundi baharu terbabit dalam PRU15?
SHAH ALAM - Peratusan keluar mengundi direkodkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilihat mencatatkan tahap penyertaan yang sederhana daripada kumpulan pengundi baharu.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, dianggarkan hanya separuh daripada kumpulan pengundi baharu tersebut terbabit dalam PRU kali ini.
Menurut beliau, jangkaan itu setelah mengambil kira senario bahawa kesemua individu terbabit dalam PRU14 lalu turut keluar mengundi pada PRU15.
“Kalau ikut kiraan saya, kalau 70 peratus keluar mengundi, ada penambahan tiga juta pengundi keluar mengundi berbanding PRU14. Jadi ada empat juta tidak keluar mengundi.
Baca berita penuh 'Hanya separuh pengundi baharu terbabit dalam PRU15?' di Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!