Pemimpin mesti kaum dominan dalam negara

Abdul Hadi Awang - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Abdul Hadi Awang - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pemimpin sesebuah negara mesti merupakan kaum yang paling dominan untuk menguasai pentadbiran bagi memastikan kestabilan dalam pemerintahan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, situasi itu boleh dilihat ketika zaman Nabi Muhammad SAW yang melantik pemimpin dari kalangan golongan Quraisy.

"Kenapa pemimpin dipilih dari golongan Quraisy? Ia tidak bercanggah kerana Quraisy adalah dominan. Untuk menguasai politik, mestilah kaum yang dominan. Bila orang Arab Quraisy dominan, mereka menguasai (pentadbiran negara).

"(Begitu juga) bila Turki dominan, Turki menguasai pemerintahan Uthmaniyah. Oleh kerana kita di Malaysia orang Melayu yang dominan, maka Melayu yang menguasai politik," katanya dalam program Bicara Minda bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan moderator, Tan Sri Johan Jaaffar tentang hubungan orang Islam dengan kaum lain dalam mengambil iktibar dari Piagam Madinah.

Artikel Berkaitan:


Piagam Madinah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW pada 622 masihi bersamaan tahun pertama Hijrah, yang merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.

Ia mengandungi 47 fasal dengan 23 daripada jumlah itu membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama mereka iaitu antara Ansar dan Muhajirin, manakala selebihnya melibatkan hubungan umat Islam dengan bukan Islam (Yahudi).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!